Sabtu, 12 November 2016

Jenis Kapal

Jenis Kapal
By:"Source: Wikipedia"
Published on 2011-09 by Books LLC, Wiki Series

Source: Wikipedia. Pages: 29. Bab: Kapal perang, Kapal kargo pukal, Daftar kapal induk, Kapal kontena, Kapal selam, Kapal pengangkut pesawat, Panamax, Feri, Kapal pembinasa, Kapal tempur poket, Bot tunda, Korvet Kelas Milgem, Kapal serangan amfibia, Kapal utama, Separa tenggelam, Malaccamax, Bot peluru berpandu, Geliung Manila, Skuner, Suezmax, Kapal pengangkut pesawat super, Kapal RO-RO, Bot peronda, Kapal penumpang, Aframax, Seawaymax, Jong, Kapal bantuan. Petikan: Kapal perang (warship) merupakan kapal yang dibina bagi tujuan peperangan. Lazimnya ia dibina mengikut garis panduan yang berbeza dari kapal-kapal awam. Selain dilengkapi senjata pemusnah, kapal perang juga berupaya menangkis serangan kapal lawan atau setidaknya menyerap sedikit kerosakan akibat serangan. Ia juga lazimnya lebih laju dan lincah dari kapal dagang atau kapal-awam yang lain. Kapal-kapal perang selalunya dioperasikan oleh pihak tentera laut, bagaimanapun, kadangkala terdapat pihak lain seperti syarikat atau individu yang memiliki dan mengoperasikannya. sebuah trireme YunaniKapal perang mempunyai sejarah yang panjang. Bermula apabila manusia mampu menerokai lautan untuk tujuan kegiatan perikanan, diikuti dengan aktiviti perdagangan dan akhirnya membawa kepada perluasan kuasa di seberang laut, memerlukan penubuhan angkatan laut dan kapal-kapal perangnya. Ini semua bagi melindungi rakyat dan ekonomi negara tersebut. Pertempuran Lepanto, 1571, diantara Uthmaniyyah dan kuasa-kuasa Kristian masih menggunakan ghaliKetika zaman ketamadunan Yunani, Empayar Parsi dan Empayar Rom, jenis kapal perang yang wujud ialah ghali (English: galley). Ia berbentuk tirus dan digerakkan menggunakan dayung. Terdapat tiga jenis ghali yang digunakan di era Yunani dan Rom, iaitu bireme, trireme dan quinquereme. bireme mempunyai dua tingkat pendayung, trireme, tiga tingkat dan quinquereme mempunyai empat. Ghali-ghali jenis ini biasanya hanya mempunyai satu tiang layar empat segi untuk pelayaran menggunakan kuasa ang...

This Book was ranked 18 by Google Books for keyword jenis kapal.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar